Saturday, December 30, 2017

TIPS MENULIS SECARA ISTIQAMAH

Salam sahabat-sahabat yang di kasihi semua kerana Allah. Hari ini saya nak share sikit tentang tips macamana nak istiqamah dan terus bermotivasi bila menulis. Tak kiralah apa yang kita tulis. Artikel ker, cerpen ker, buku ilmiah ke! Sebab kita ni kadang-kadang hangat-hangat tahi ayam jer. Masa naik 'syeikh' bukan mainlah semangat nak tulis. rasa-rasa macam esok lusa jer nak siapkan. tapi sekerat jalan, ermm...terbantut sebab ada projek lain datang. Nak berkelah lar..makan angin lar...anak nak sekolah lah...buat bisnes baru lah...skim cepat kayalah..entah apa-apa lagi. Datang saja kawan buat promosi sikit, mulalah terlentok kepala. Angguk-angguk tanda kepada dah masuk air! akhirnya niat nak menulis terus berkubur. 
Beberapa bulan lepas tu insaf balik. Cari-cari balik artikel yang dah ditulis separuh jalan entah ke mana dah pergi. Rupanya dah terdelete. Oleh kerana semangat nak menulis tu berkobar-kobar balik, maka terpaksa mulakan balik dari '0'. Ingatkan dah insaf betul dan taubat nasuha, rupanya tak! buat lagi perangai lama. Mula lemau balik. Malas balik, tak semangat balik. Akhirnya semua yang ditulis jadi macam sampah tak berharga. Masa dah banyak habis, tapi hasil 'habuk pun tarak'.

Sebenarnya senario di atas tu bukan saya tuju kat sapa2. Tapi saya tuju kat saya sendiri sebab saya pun ada masalah yang sama dulu. Kalau tak ada masalah yang sama, agaknya sekarang saya dah jadi profesor dah macam kawan2 saya yang sama-sama jadi pensyarah sejak lebih 20 tahun yang lalu. 

Jadi macamana saya kumpulkan kudrat dan tenaga serta semangat yang berkobar sehingga saya berjaya menamatkan buku tulisan saya di atas (Kenapa Saya Tidak Jadi Jutawan #kstjj)  yang kulitnya yang berkilat dan comel tu yang kini sudah lebih setahun berada di pasaran? 

Kali ini saya nak share satu saja tip yang saya gunakan dan ia memberi motivasi yang sangat2 amazing! nak tau apa dia? kejap! sebelum tu saya nak share sikit. Masa saya siapkan buku #kstjj, saya rasa amat teruja. seronok sangat! macam baru kawin. atau macam baru dapat anak pertama...atau...apa2 lagilah yang menyeronokkan. saya pun bawa 3 buah buku untuk diberikan sebagai hadiah kepada big boss saya Prof Dato Musa Ahmad, Naib Chanselor USIM. 





Beliau pun nampak teruja bila saya bawa buku tersebut kepada beliau. Saya tau beliau bukan perlu pun buku saya tu. Tapi sebagai big boss beliau kena tunjuk sikit keterujaan bila orang bawahan seperti saya ni hasilkan sesuatu yang secara tidak langsung membawa nama baik USIM. Terima Kasih Dato atas sokongan. Dato sempat bertanya saya semasa duduk bersembang ringkas di pagi Jumaat itu. "Macamana Ustaz manage masa untuk menulis?. "FB Dato". Jawab saya ringkas. Dan itulah tip yang saya nak kongsi dengan sahabat semua. Aik? marah nampak? Janganlah marah. Sebab memang itu tip yang saya nak kongsi kerana FB sebenarnya yang memberi motivasi kepada saya untuk menulis. Serius!!


Maksud saya bukan FB tapi kawan saya di FB termasuklah yang tengah baca tulisan saya ni. Kenapa perlu kawan? kerana kawan2 lah yang selalu memberi dorongan untuk kita menulis selain dari faktor2 lain. Percaya atau tidak, saya siapkan 1st draft buku #kstjj hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja. Macamana saya buat? saya tulis setiap hari dekat FB. Bila kawan2 like dan bagi sokongan dan mereka beri komen2 yang positif maka setiap hari saya tak sabar nak sambung tulisan saya sebab masa saya tulis dah ramai juga kawan2 yang positif follow tulisan saya. Bahkan idea2 yang dikongsi oleh kawan2 dalam FB turut saya kongsikan kembali dalam buku #kstjj.

Sebenarnya apa2 yang kita buat, sukar untuk berjaya kalau kita buat secara bersendirian sehinggalah kita memang sudah pakar dan sudah dapat 'programkan' otak kita tanpa perlu bantuan dari luar. Macam sekarang, saya rasa lebih bermotivasi untuk menulis dan menulis sebab saya sudah dapat merasai kenikmatan dan kepuasan bila menulis. Cuma masa saja agak terhad sebab banyak urusan2 yang perlu dibereskan.

Jadi mulakan menulis hari ini di FB dan jangan lupa tag saya. Nanti saya akan like dan komen sebagai salah satu cara untuk memberi semangat kepada sahabat2 yang minat menulis. 

Tulisan kita adalah 'ilmu yang bermanfaat yang akan memberi saham yang amat mahal di hari akhirat nanti. Jom! menulis. Tinggalkan legasi anda kepada anak2 cucu serta ilmu yang bermanfaat buat mereka.

Selamat Menulis!

Ikhlas

Dr Nik @Kstjj
31.12.2017 - FSU, USIM. - 2.22pm.