Coming Soon

Buku 7 Langkah Mudah Untuk Berpoligami (#7LMUB) adalah tulisan Dr Nik Rahim bin Nik Wajis,
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM. Ini adalah hasil karya kedua beliau
selepas buku Kenapa Saya Tidak Jadi Jutawan. Dr Nik Rahim menulis buku ini hasil dari pengalaman beliau
sendiri sebagai pengamal poligami. Buku ini sarat dengan tips dan panduan bagi mereka yang sedang  melalui
kehidupan sebagai pengamal poiligami, atau mereka yang sedang dalam proses untuk berpoligami atau yang mempunyai
perancangan untuk berpoligami.
Akan terbit insya Allah pada awal Mac 2018.
Ini adalah percubaan pertama NAM Publications menerbitkan buku Novel. Novel ini
digarap hasil dari idea dan buah fikiran Puan Helwah (Puan Nik Halawati Nik Wajis) bersama suami En Sakry dan
juga anakanda beliau Farhin dan juga menantu beliau Zhafri. Novel berkisar tentang kisah percintaan pasangan farhin dan Zhafri yang mula berputik sejak mereka berada di darjah 5. Novel ini sarat dengan peristiwa-peristiwa menarik yang hampir saja meranapkan cinta pasangan ini. Namun dek kerana jodoh mereka sudah ditakdirkan Yang Maha Esa, maka akhirnya setelah lebih dari 15 tahun mereka bercinta, akhirnya mereka bergelar suami isteri.
Akan terbit insya Allah pada awal Feb 2018.
   
Buku Sentuhan Kalbu ini merupakan koleksi khutbah yang pernah disampaikan oleh Ir Jamil Ibrahim dibeberapa buah masjid. Meskipun berlatarbelakangkan kejuruteraan, namun Ir Jamil Ibrahim mempunyai keupayaan dalam menyampaikan mesej-mesej keislaman dengan jelas dalam khutbah beliau. Buku yang sarat dengan berbagai isu semasa pastinya amat bermanfaat bagi mereka yang mencintai ilmu pengetahuan.
Akan terbit insya Allah pada Pertengahan  Feb  2018.


No comments:

Post a Comment