Self Publishing

ANDA SUDAH MEMPUNYAI MANUSKRIP?

ATAU ANDA SUDAH MENYERAHKAN MANUSKRIP ANDA KEPADA PENERBIT?
BOSAN MENUNGGU TERLALU LAMA UNTUK  DITERBITKAN?
KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA!!


Terima kasih kerana berminat untuk menerbitkan buku anda bersama kami. Kami bersedia membantu anda untuk menerbitkan sendiri buku anda tanpa perlu bergantung kepada pihak penerbit.
Terdapat DUA kaedah bagaimana kami membantu anda untuk menerbitkan manuskrip anda.
Pertama:
Kami menyediakan perkhidmatan penerbitan buku anda dengan kos yang amat munasabah. Semua kos penerbitan termasuk design kulit buku, reka bentuk, atur huruf (type setting), lukisan (jika perlu), bayaran kepada editor akan ditanggung sepenuhnya oleh anda sebagai penulis.
Pihak kami akan menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan ISBN secara PERCUMA.

Anggaran Kos penerbitan adalah seperti berikut:

Contoh Buku dengan spek di bawah


Spesifikasi:

- A5 (close) 8.27 inci x 17 inci (open)
- cover 250gsm art card. 4c 1 side. Matte laminate 1 side. Spot UV Finishing.
- inner 80gsm simili. 1c x 1c
- 180 pages.
- perfect binding

Harga:

1000 unit : RM6.50 seunit
2000 unit : RM5.50 seunit

* Harga tidak termasuk 6% GST

2. *Sebut Harga Page Setting (Atur Huruf)*

Spesifikasi:

- A5
- 180 pages.
- RM3.50 x pages

Harga:

RM630.00

Design Kulit Buku

RM300.00


KELEBIHAN SELF PUBLISHING

1. Anda mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menerbitkan buku anda tanpa perlu bergantung kepada kelulusan mana-mana pihak. Anda lebih tahu menilai buku tulisan anda!

2. Anda bebas meletakkan harga buku mengikut kehendak anda. Jika anda merasakan buku anda boleh dijual dengan harga yang tinggi, anda bebas melakukan demikian.

3. Anda bebas memasarkan buku anda di mana saja samada secara online atau off line.

4. Anda berpeluang mendapat keuntungan sehingga 500%  berbanding buku yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit. Ini kerana pihak penerbit akan hanya memberikan anda 10% sahaja dari harga buku anda. Jika buku anda berharga RM30.00, anda hanya akan memperolehi royalti sebanyak RM3.00. Manakala penerbit pula akan sapu RM27.00. Tidak adil? terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Sedangkan jika anda menerbitkan sendiri buku anda dengan modal yang amat minima anda akan menikmati keuntungan berlipat kali ganda!

Sebagai contoh anda terbitkan sebuah buku dengan modal RM5.00 bagi setiap buku dan anda menjualnya dengan harga RM30.00 seperti buku saya KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN, maka anda akan memperolehi keuntungan sebanyak RM25.00 atau 500% atau lima kali ganda modal yang anda keluarkan! Menakjubkan bukan? sebab itu anda dapat melihat penerbit-penerbit besar, pemiliknya kaya raya kerana meuntungan dan laba yang mereka perolehi sangat MEWAH! Anda pula sebagai penulis hanya mendapat 10% dari harga buku yang dijual sedangkan andalah yang bersusah payah menulis dan memerah otak untuk menyiapkan satu-satu buku!

Kedua:
Cara ini adalah sama seperti apa yang diamalkan oleh lain-lain penerbit. Kami bersedia untuk menerbitkan manuskrip anda jika kami merasakan bahawa manuskrip anda mempunyai nilai komersial yang tinggi dan boleh dijual.

Kelebihan Cara Ini
1. Anda tidak perlu keluarkan modal. Semua ditanggung oleh kami pihak penerbit.
2. Anda juga tiada risiko kerugian.
3. Anda tidak perlu bersusah payah untuk menjual dan anda boleh menumpukan kepada penulisan buku seterusnya.

Kekurangan Cara Ini.

1. Masa yang diambil untuk menilai manuskrip anda mungkin memakan masa berbulan-bulan lamanya bahkan sesetengah penerbit mengambil masa sehingga 2 tahun untuk menerbitkan satu-satu tulisan. Jika anda bukan se orang yang penyabar, maka ini bukan pilihan yang baik buat anda!

2. Anda hanya memperolehi 10% sahaja royalti bagi hasil karya anda jika karya anda terpilih untuk diterbitkan. Ada sesetengah penerbit hanya memberikan 7% royalti akibat dari kegawatan ekonomi sekarang!

3. Anda tidak mempunyai kebebasan berapa banyak anda mahu mencetak, bila mahu dicetak, dan berapa harga yang hendak dijual. Semuanya akan dikawal sepenuhnya oleh pihak kami sebagai penerbit. Kenapa begitu? mudah saja, kami yang keluarkan modal, kami yang menanggung risiko, jadi kamilah yang paling layak untuk menentukan segala-galanya!

PILIHAN BERADA DI TANGAN ANDA!
APA SAJA PILIHAN ANDA, KAMI SEDIA MEMBANTU.

Sila hubungi kami untuk info lanjut.
018 3563 832
Dr Nik Rahim Nik Wajis.

No comments:

Post a Comment